Tangan yang menghulurkan bantuan adalah mulia disisi Tuhan. Namun begitu, konsep bantuan sering dilihat dari satu bentuk perspektif sahaja iaitu bantuan kewangan dan barangan sahaja. Bantuan adalah tidak terhad kepada wang dan ringgit sahaja sebaliknya seseorang itu mampu membantu orang lain dengan meyumbangkan masa dan tenaga.
Disini, saya ingin berkongsi pengalaman saya sebagai salah seorang sukarelawan di Rumah Kebajikan At-Taqwa pada bulan puasa yang lepas. Pelbagai aktiviti telah dijalankan seperti menyediakan juadah, membakar lemang, mengedarkan bubur lambuk dan menjalankan aktiviti berkumpulan. Dengan hanya meluangkan tenaga, masa dan perhatian terhadap kanak-kanak ini mampu melakar kegembiraan diwajah mereka.
Bagi saya kepuasan dalam kehidupan bukanlah terletak pada nilai wang ringgit semata-mata, tetapi kepuasan sebenar dicapai apabila kita mampu membantu orang lain tanpa mengira pangkat, warna kulit dan latarbelakang.